"latar belakang organisasi"
Stracom Consultants telah ditubuhkan pada tahun 2004 di Seri Kembangan, Selangor mempunyai visi membantu mewujudkan cemerlangan dan kegemilangan yang seimbang dari segi Ilmu, Kemahiran, Sikap dan Jati Diri bagi menghadapi masa depan yang mencabar. Matlamat murni mendidik dan membimbing yang menerajui syarikat perunding ini telah mendidik dan membimbing ribuan individu dari pelbagai agensi kerajaan, swasta dan badan berkanun dalam bidang pengurusan pentadbiran dan perniagaan / keusahawanan.
Konsep penyampaian ilmu yang tersendiri berdasarkan pengalaman dan akedamik telah memberi kesan yang efektif. Misi yang jelas telah memberi keyakinan pelanggan untuk terus bersama dengan Stracom Consultants. Antara misi Stracom Consultants :
1. Memberikan perkhidmatan yang cemerlang dengan menyediakan pelbagai program Latihan Pengurusan Berkesan, Pembangunan Sumber Manusia, Bimbingan Perniagaan dan Keusahawanan ;
2. Memperkukuhkan sikap positif, mengamalkan nilai-nilai murni, tradisi keilmuan dan penguasaan teknologi di kalangan remaja, belia, keluarga, organisasi dan masyarakat;
3. Membantu dan bekerjasama dengan organisasi kerajaan dan swasta untuk membangunkan jiwa dan minda demi kesejahteraan bersama;
4. Meningkatkan kecekapan pengurusan organisasi dalam budaya kerja harmoni ke sektor kerajaan dan badan-badan korporat dalam dan luar negara;
5. Menjadi pusat latihan dan sumber pembangunan manusia yang relevan pada era globalisasi ini;
6. Menyediakan tenaga penceramah dan pengajar yang professional dan berpengalaman dalam membangun serta mewujudkan masyarakat perdagangan dan perindustrian dengan modul-modul keusahawanan yang relevan dengan kehendak semasa.
Namun semenjak Stracom Consultants beroperasi dengan pelbagai program pengurusan telah dilaksanakan sesuai dengan keperluan dan kehendak semasa seperti :
1. kursus keberkesanan pengurusan organisasi
2. kursus memperkasa strategi pengurusan masa
3. kursus pengurusan tekanan di tempat kerja
4. kursus peningkatan kecekapan di kaunter
5. kursus peningkatan personaliti & ketrampilan diri
6. kaedah dan strategi berkesan pengurusan konflik
7. komunikasi & penyampaian berkesan
8. kursus penyelesaian masalah & konflik dalam organisasi
9. seminar kemahiran komunikasi
10. kursus kemahiran komunikasi & penggunaan telefon
11. kursus kemahiran komunikasi kumpulan kecil
12. kursus kemahiran komunikasi sebagai pengurus
13. kursus kemahiran komunikasi secara berkumpulan
14. pengurusan komunikasi ke atas, bawah & mendatar
15. kursus komunikasi mencorak pemimpin cemerlang
16. kursus memperkasa teknik pengucapan awam
17. pengukuhan komunikasi dalam keluarga
18. pengukuhan organisasi menerusi komunikasi efektif
19. kursus pengurusan krisis
20. kursus kepuasan pelanggan
21. kepimpinan berkesan dalam organisasi
Pelbagai kursus dan seminar telah dikendalikan mengikut keperluan membentuk dan membimbing usahawan dengan pelbagai agensi kerajaan dan swasta. Antara kursus tesebut termasuklah:
1. Kursus motivasi perniagaan
2. Asas perniagaan
3. Perakaunan perniagaan
4. Pengurusan Kewangan
5. Pemasaran strategik
6. Latihan usahawan progresif
7. Latihan pembentukan usahawan
8. Latihan pengurusan perniagaan
9. Pengurusan peruncitan dan premis perniagaan
10. Penyediaan rancangan perniagaan
11. Program hijrah niaga asas dan lanjutan
12. Skim latihan galakan perniagaa ( SLGP ) kakitangan kerajaan yang akan bersara
Pihak perunding akan memberikan kursus-kursus dan seminar yang terbaik untuk setiap program yang diamanahkan dalam memastikan objektif organisasi tercapai. Akhirnya kecemerlangan akan dikongsi bersama antara organiasasi, peserta dan perunding.
Tuesday, August 18, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment